Pada awalnya , aku sangkakan semua akan berakhir dengan indah tapi ,
Semua itu mimpi semata .
Percintaan yang kita sulam selama ini rupanya sekadar untuk menjadi penyubat sunyi dihatimu .
Aku bagai hilang arah apabila kau ucap Selamat Tinggal kepada ku .
Bagai matahari hilang cahayanya , bagai burung hilang sayapnya .
Kehadiranmu umpama bayu yang bertiup sayu .
Maafkan aku seandainya kau terluka .
Silap aku kerana mengabaikanmu .
Tiada niat untuk aku berbuat demikian .
Itu langsung tidak bererti .
Mungkin kerana itu kau dengan senang melepaskanku .
Sebolehnya aku ingin bersamamu setiap waktu namun apakan dayaku ,
Aku manusia biasa yang diperlukan juga oleh orang lain .
Aku masih disini , menunggu cintamu meskipun telah kau hapuskannya dari hatimu .
Sekiranya kau sudah ada yang baru , aku berharap agar kau bahagia bersamanya .
Maafkan aku atas segalanya dan apa yang aku lakukan bersamamu ,
Anggaplah ianya sebagai mimpi terindah buat dirimu .
Aku halalkan segala apa yang pernah aku beri padamu DARLA .
Jangan pernah engkau kembali padaku .
Jangan pernah kau teringatkan aku kerana aku tidak mahu menjadi sapa-sapa buatmu lagi .
Hatiku musnah , hancur dan terluka keranamu .
Pergilah kau , terbang bebas dilangit biru .
Kerana cinta aku merana dan kerana cinta aku menangis .
Pergilah cinta , jangan kau hadir dalam hatiku lagi .
Sekiranya ada cinta dihati , itu adalah cinta aku kepada Sang Pencipta .
Usah dicari cinta sempurna kerana pasti ada yang kecewa .
Usah ditagih cinta yang tak pasti kerana hanya Dia yang mampu menberikannya .
Usah dijaja kisah hidup kerana itu akan membuatkan kau makin terseksa .
Usah difahami apa erti cinta kerana cinta itu hanya ada pada-Nya .
Usah dikesal dengan apa yang kau telah lakukan , anggap itu sebagai kesilapan yang tidak akan kau ulang .
TERIMA KASIH NORSYUHADA